Thursday, December 18, 2014

9 Bulan, Lahirlah ke dunia, Nur Amani Nasuha

Assalammualaikum.. hewo korang!..
uik lama dah x buka blog ni, sampai tak ingat pun kewujudan blog ni taw. hahahhahaha
Over tau!

Seriously, mood nak menulis story tak ado, biasalah dah hujung2 tahun ni kan u ols.. Lemau je TAPIIII takleh nak lemau sgt lerrr, keje melambak.

Anyway, tajuk entry mcm gempak je kan. Sebenarnya yang adoo. Hehehe tengok org lain post saat-saat kelahiran rasa mcm nak post juga kronologi mak jemah masa nak give birth dekat Nur Amani Nasuha.

Tak tahu lah nak start dari mana. Takyah nak formal sangatlah kan cerita mcm story kat paper pula. (Tetiba jd blur nak buat intro mcm mana hahahahah)

Well, straight to the point saja lah.

My due date is on 23/6/2014 (40 weeks), Alhamdulillah, baby dalam perut memang nak keluar ikut masanya. Bila fikir balik memangtlah baby keluar ikut due date, tapi tanda2 keluarnya over tau masuk je 9 bulan (36-37w) mcm tu, mommy amani nasuha dah start contraction sikit2. kalau dok cerita ngan orang, ramai yang kata nak keluar dah tu. nak keluar2, tup2 dia nak ddk lagi dalam perut sampai 40 minggu. Alhamdulillah.

Ok kita cerita ikut kronologi lah ok!

22.06.2014 (Isnin) : Sempat pergi kenduri kahwin Erry n Bard kat Bukit Damansara. Lepas tu pergi ambil along kat subang airport. Macam biasa lagi makan2 dengan family, balik rumah. Masa tu mama dah sampai dari JB.

23.06.2014 (Ahad) : Sebab mommy Amani Nasuha ni memang dah kerap sakit masa buang air kecil, so mommy tak rasa apa2 pun sebenarnya. Kerap bangun tengah malam, tengah pagi n awal pagi perkara biasa. Rasa sakit pun perkara biasa sebab dah berapa minggu asyik bertapa kat mangkuk jamban lepas buang air kecil tu. Rasa sakit sampai dah lali.
  Since mama ada kat rumah, mommy amani tidur dengan mama kat bilik, papa amani tidur luar nak tengok World Cup. Tapi mommy keluar masa nak buang air tu, world cup yang tengok dia. *sigh*
  Anyway, malam tu kerap sangat bangun ke toilet tp still rasa mcm biasa sebab dah selalu rasa mcm ni. Sampailah subuh sempat solat pastu kejutkan acap pergi kerja. Lepas kejut, tah macam mana terlena sekali kat luar ngan acap, member tersentak jam dah pukul 7. Apa lagi, dia punya siap mcm super sonic, sampai langsung x tanya bini dia sakit ke idok. Bayangkan, dia kejut aku n cakap bye yunk. Pergi keje dlu. (hey bini awok due date arini ok!)
  Lepas acap g keje, mommy amani lepaklah kat depan. Sambil tgk worl cup. Mata dah rabak sebenarnya ni. Sakit buang air tak yah cakaplah tp menten cool. Mama bangun jam 7.30 pagi. Mama keluar. Mommy amani ddk lagi kat depan. Lama2 makin sakit bila buang air.

9 pagi : Jam menunjukkan pukul 9 pagi. Sakit nak buang air n kerap buang air tu makin menjadi2. Tanya mama, mama cakap dah tanda ni. Contraction dah kerap sgt. Tapi tahan lagi. Bagitau acap. The best answer from acap : Lah ayang, napa tak bgtau awal2. Baru sampai opis ni. (opis acap kat semban) hahahahhhaha
 Mommy amani pun jawab : mana tau nak sakit. kalau tahu takyahlah g keje dah kan huhuuhh..
So acap tanya nak dia balik skrg ke tak> Tanya mama, mama suruh hold lg since aku pun x sure.

11 pagi : Makin sakit. Contraction non stop n lebih kerap. Pergi toilet sambil bongkok. Mama kata confirm nak deliver dah tu. Call acap
Me : B, balik sekarang. Sakit sangat dah ni.
Acap : Betul ke ni? x main2 kan? Ayg jgn main2.
Me : balik lah skrg. betull. (hahaha lawak je ingat balik)

Sepanjang nak tunggu acap balik rumah, banyak benda kelakar aku rasa berlaku kat rumah. Mama sejak bangun pagi, keje dia dok mengemas rumah sepanjang masa. (Nampak sgt rumah kotoq) Aku dok mengadu sakit, dia menyapulah, mengemob lantao lah, lap almari, basuh toilet, tinggal tak basuh baju lagi sebab masa tu mesin basuh rosak. So dia mcm x puas hati takleh nak basuh baju dlm bakul tu.

  Sambil2 kemas rumah, ada je orang dok kol. Mak su, Mak Jang (Kebetulan hari tu besday mak jang. Mak Jang ckp, ntah2 sama dgn besday mak jang baby iela).

  Paling best, dalam tahan sakit tu, sempat buat jalan itik 10 kali. Ulang alik toilet. Mama cakap, x sakit ke. aku jawab, org kata nak cpt bersalin  kena jalan itik. hahahaha

  Lagi lawak, masa sakit tu serius tak lalu nak makan. Bayangkan dri pagi tak makan apa. Mama dalam sibuk mengemas rumah tu, dia sempat masak ok! Aku pun kena paksa makan. Dapatlah makan dua tiga suap sbb tak tahan sakit sgt. Rasa dia u olsss, mcm period pain tp yang nak terkeluar tu batu keras yang tak terungkap dgn kata2 ya. (pengorbanan seorang ibu u ols, sob3) 

1 ptg : Acap sampai rumah. Mula2 mcm nak marah sebab lebih 2 jam dah kol suruh balik tapiiiii x jadi marah sebab dah sakit sgt. Paling best, ada hikmah semua tu. Sebab gedebak gedebuk acap sempat makan, mommy amani tahan sakit. Jam 2 baru siap nak g hospital.

2 ptg : Dalam perjalanan tu, sempatlah buat lawak antarabangsa. Tau acap nervous masa drive tu. So mommy decide tanak stress up kan dia. Buat lawak sepanjang perjalanan walaupun tgh tahan sakit. Masa nak daftar tu walk in je ke Hospital Serdang. Orang tu ingat nak daftar je, mak terkemut2 kat meja pendaftaran tu. Atlast, dia suh masuk dalam bilik tu. Macam bilik saringanlah.
  Dah masuk bilik saringan tu nurse tanya mcm2, bila kata arini due date n dah sakit, dia suh baring nak tgk keadaan baby. So bila mesin yg lekat2 kat perut tu, (hahaha), mmg contraction dah kuat sangat. Bila seluk.. dah 4 CM! dalam hati mommy, yahoooOOOO... (dah kenapa yahoo sgt) Mommy yahoo, sebab dah tahu 4 cm. walaupun hati dah gedebak gedebuk takut.
  Nurse suh tukar baju pink n ddk rehat kat tempat yg disediakan. Tapi mommy gatal, g jalan2 dalam keadaan sakit tu ok. Pergi dekat mama n acap yg tunggu kat luar. Pastu baru teringat psl air selusuh n minyak yang ustazah tlg buatkan (thanks kak saadiah yang tolong) Masa tu teringat pesanan ustazah tu, minum air selusuh masa dah buka 4 cm (Kalau nurse baca confirm kena marah) sebab masa kat dalam memang kena marah pun sebab amek air selusuh tu. Alaaaa relax lah, kena marah masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Janji baby keluar ngan jayanya,. kan kan kan...
  Masa dok luar tu mcm2 ragam dpt tgk. Yang penting sakit tu mmg tak tahaaaammm. Rasa nak buang air kerap sangat. So masuk balik bilik tu. Kalini, buang air diiringi darah. (sebenarnya selamani sakit bukan air kencing ye kawan2, tapi air ketuban dah kluar sikit2, sebab tu sakit yg amat.. Ya Allah!)
  Bila dah keluar darah tu bagitau nurse lagi.

3 ptg : Doktor seluk balik. Dah 5cm. Tapi sakitnya.. Ya Allah.. Allah je tahu. Keluar balik jumpa mama. Acap tade g mana tah. Nervous ke bang? Masuk balik bilik sebab sakit n tinggalkan hp kat mama. Waktu tu mmg dah ckp that's it. Rasa anytime from now. Sebab memang dah contraction kerap selang 10 minit. Kakak yang senasib dgn aku kat depan pun dah ckp masa dah time! pergi ckp kat doktor. Tapi takut. So tahan lagi. sampaaaai jam 4.30 ptg

4.30 ptg : nurse panggil nak check BP, mas ani memang tak larat sangat dah. Masa check tu bgtau nurse sakit sangat n tak tahan dah sakit. Nurse kata rehat dlu kat tilam. entah mcm mana tak sampai 15 minit, mommy rasa terkencing kat tilam. Sebab takut kena marah sebab kencing, panggil doktor bgtau kencing, doktor tgk n suruh baring. n dia kata, "Puan, itu air ketuban. Puan baring jangan bergerak".
  Tiba2 datang doktor dgn nurse dtg seluk lagi. Kali ni dah 7cm. Mommy rasa macam Ya Allah, masa dah time ke? hehehehe.. so doktor masukkan  (netahlah nak kata apa mcm batang halus) pecahkan air ketuban. yang keluar pooopooo anak mommy sekali.
  Doktor terus arahkan nurse masukkan mommy to labour room. Dalam hati mcm2 fikir, paling utama yang mommy fikir time tu, sempat ke tak Papa nak masuk Labour room ni.

5 ptg : dah masuk labour room. Masa tu doktor lelaki cina seluk lagi. Sakit dia takyah cakaplah. ibu2 yang bersalin normal fahamlah kan perasaan tu. Doktor kata, baru 8cm. n dia kata, ok puan nanti dah 10 cm baru kita push. Tak tahu mcm mana mommy mmg rasa sakit yang amat u ols... mmg rasa sakit yang amat dan mmg rasa baby dah kat bawah. Papa amani masuk. Nasib baik ada papa, boleh lunyaikan tangan papa kan. hahahahahha
  Huh masa nampak papa amani masuk, rasa lega sangat walaupun rasa sakit. Takyah katalah berapa kali mengucap, zikir semua terkeluar.
  Nurse kata nanti sakit rasa nak terberak bagitau. (rasa mcm dah lama rasa nak berak tu) mommy kata mmg rasa nak berak sgt dah. Sebab mommy ada asthma, nurse bg nebulizer tu.
  Sebabkan mommy 7cm mmg dah sakit doktor lelaki tu decide to gunting2 ehem mommy. huaaa (patutlah jahit banyak!)hahaha
 

5.20 ptg : Lepas doktor buat sesi gunting2 tu, mommy pun get ready to push. Seriously rasa nak menangis ok. Dengan rasa semput, tapi ku gagahi juga menerannya. Mommy amani tak pandai teraaan. Huaaaaa
  Ingat lagi, kenangan paling lawak bila ada satu masa tu menjerit kat acap ckp, give up! hahahahah give up b give up b. Biarlah org nak kata mcm kel*** ke apa ke, yang penting mmg masa tu tade kudrat nak meneran (sebenarnya tak pandai teran, mengada je tu) hahahah

5.54 ptg  : Teran punya teran,, nurse psyco mcm2, akhirnya... duuum.. lahirlah Nur Amani Nasuha Muhammad Ashraf. Masa baby dah keluar tu, rasa mcm Alhamdulillah... x sangkanya akhirnya keluar baby yg dikandung 9 bulan selama ni.
  Fuh... masa baby keluar tu, tak dgr langsung baby nangis. risau juga tp sebenarnya ada. Mommy yg tgh miong n blur. Tak dapat dgr masa tu. Nurse bagi tgk jantina baby n tanya baby apa ni? mommy pun jawab baby girl.
  So papa n baby kena keluar sebab proses jahit menjahit pula. Uiii proses paling beeesssst lah tu jahit menjahit tu kan. sobs!

6.30 ptg : Papa masuk. Mommy ckp mana baby. Papa kata jap takleh bawa keluar. Tanya nurse berapa kg, nurse cakap 3 kg. Alhamdulillah. Benda paling kelakar, pihak hospital bagi makanan. suruh mommy makan. Acap punya gelabah cakap, yunk jangan makan ni. X boleh makan pantang. hahahhahahahaha yg bestyer mommy x makan ok. Kiranya dari pg memang tade tenaga sbb x makan dari pagi. Hahhaha
  tengah layan makan, nurse datang bawa baby mommy. Ya Allah masa mula2 tgk amani kat sebelah siap cakap ngan acap, mcm mimpi je tadi bersalin. Cuba picit pipi ai. hahahhaha
  Masa dukung Amani tu, rasa gigil satu badan.. Ya Allah aku dah jadi mak.
Yeay dah jadi mommy!
  Hah ada lagi benda lawak tak boleh lupa!, Masa acap masuk memula selepas bersalin tu, benda pertama cakap ngan acap, B, ayg takkan lawan cakap mama n mak (MIL) lagi. Serius sakit beranak b. huhuhu hargailah mak masing2. hahahahahhahahahhahahahhaha 

 7.45 ptg : dah settle semua, dah kena seluk selepas jahit (rasa mcm yummy sgt sakitnya (T_T) Mommy n amani pun bergerak masuk wad.  Papa masuk bawa beg, mommy tukar baju semua.Papa pun kena keluar wad jam 9 malam (bye papa, mommy jaga sorang2 baby)


Inilah pengalaman melahirkan puteri kami, Nur amani Nasuha. Ini pengalaman anak pertama, anak kedua tak tahu lagi mcm mana. Apapun, memang best n great experienced. Sorry i dont have any tips or info to sgare lah.Kat cni takde nak sharelah. tapi kalau nak tanya by fon ke sms ke whatsapp ke, just let me know. Nak tulis tips point2 bagai, MALAAASSSSSS.


hehehe, Ok, i do have share some pix amani nasuha in one week. Sebenarnya ada juga upload kat FB n Instagram. Orang kata tak elok letak gambar baby lah apalah, for us like yah, mmg betul dalam Islam sendiri tak galakkan kan. But we not kinda like nak letak TEASER2 bagai, nak sembunyi2 ke. We just, nak letak letak. Some people ada own privacy mereka kan and we need to respect them. Ingat hormat privacy orang! ok?


nota pencuci kaki : Nak tulis blog mengenai entry ni bukan nak berlagak nak show off ke. but this is strictly my own blog and suka hatilah nak tulis apa! Sebenarnya nak tulis ni sebab tahu, internet takkan dimakan usia. Kalau tulis dalam diary maybe anai2 boleh makan, anak tertumpah air ke. So melalui blog ni, mana tahu satu hari nanti amani terbuka blog ni and baca mommy dia mengarut. 
  To amani with love, camni ye mak awak lahirkan awak. jangan banyak bunyik tanya mcm mana mommy lahirkan awak. Baca journal ni hah. hahahahhahahahahaha (gurau jer)


No comments:

Post a Comment