Monday, June 17, 2013

Terima Kasih Cikgu Yusof!



BH - 18 Jun 2013


Cikgu : Tak boleh! Kau tak boleh pergi cover assignment ni. Nanti aku suruh reproetr terengganu pergi.
Me : takppe, saya boleh pergi.
Cikgu : aku cakap tak boleh (nada tegas tapi senyum)
Me : Cikgu! bagi saya tiga sebab kenapa saya tak boleh pergi? selalu boleh je saya pergi assignment kt pulau bidong ni! (tinggi suara)
Cikgu : Kau nak tau kenapa?
Me : Yelah mestilah nak tau (muncung sedepa, dgn harapan dapat pergi)
Cikgu : 1. Kau tak sihat lagi. baru baik demam. kalau kau balik dari tengganu then demam balik mcm mana. Macam mana dgn kerja kau. 2. Kau ada asma. Kau ingat aku percaya ke kau tak dive kalau pergi sana? Aku tak rasa kau tak turun dive nanti Bahaya kau ada asma. 3. kalau jd apa-apa kat kau, sapa nak menjawab dengan HR, dengan bos n mak bapa kau (aiseyh sebut mak bapak aku touching)
Me : Oh ok, (terkesima. Terdiam lalu berlalu pergi ke meja dgn muncung sedepa, nangis)

Assalammualaikum dan hewo guys!
  Apa khabar semua? feeling artis kejap tanya khabar org? hehe apapun, harapnya semua ok. Anyway, mesti dok tertanya apakah dialog di atas all about (broken english mak) ? apapun, itulah antara dialog yang masih menjadi ingatan diriku sepanjang berkhidmat di bawah cikgu. Cikgu? bukanmu kerja wartawan ke? yer.. wartawan. Dalam unit pendidikan. So tak larikan pendidikan dgn cikgu dan wartawan. hehehe oklah tanak conpius kan korang.. Cikgu yusof atau Encik Muhamad Yusof Abu Bakar adalah bos pertama aku sepanjang berkhidmat di BH. Yelah, masuk2 je BH jd staf, terus masuk unit pendidikan. Seriously mula2 masuk rasa nak menangis. Bukan apa, dlu kat melaka selalu buat story kampus n sekolah. So bila dpt unit pendidikan, i salu rasa down. Tapi u olssssss itu kata2 org yang loser ok. I just wanna share, waktu mula2 dapat masuk unit ni, i terdengar ada lah sorang dua pandang rendah kat i. and siap kata, kesian kau unit pendidikan. Sabar jelah.

  Tapi korang, sebabkan aku ni jenis positive person, aku sahut cabaran. Tak pernah langsung dalam hati aku ada rasa sakit hati sebab dapat masuk unit ni. Apa yang aku buat, aku buktikan yg aku akan berusaha lebih kat mana pun aku berada. DAAANNNN alhamdulillah.. tak banyak sumbangan aku dalam unit ni, cukuplah aku boleh menyumbang tenaga aku melalui tulisan, event dan lain-lain lagi.

  Apapun, back to my precious moment with cikgu yusof (precious moment taw) hahahaha.. berbalik story di atas, well After a few hours, while having my lunch with nora and azreen (our photographer), mulut i tak boleh berhenti membebel. I bebel sepanjang masa melahirkan rasa tidak puas hati sebab cikgu tak benarkan i pergi cover assignment conservation day kat Pulau Bidong. This is because, cikgu tak pernah tolak permintaan coral malaysia untu minta reporter KL cover function CM but that time cikgu tak bagi aku pergi. Aku bebel2 sepanjang hari dan tekad amek cuti dua hari sebab nak join program. But guys, kuasa Tuhan, tiba2 hati aku lembut selepas puas membebel. Masa tengah makan,tiba2 aku sedar. Berduyun2 tazkirah masuk dlm kepala otak aku ni. Betul cakap cikgu.. Dia dah ibarat ayah aku kat office. Macam mana aku lawan cakap cikgu, macam tulah aku sakitkan hati abah aku kat rumah. Macam2 lah yg aku fikir. Antaranya, kalau jd apa2 kat aku masa tengah dive kat lauuttt tu, tak menjawab cikgu sebagai bos ngan mak pak aku. Tak ke dia akan rasa bersalah n bla bla bla lagilah.

  So after a while, aku beranikan diri hanta pesanan khidmat ringkas (SMS) untuk cekgu. Ayat siap mendayu. I still remember ayat syahdu aku. camni camni (kalau nak tau mcm ni lah juga aku anta sms or wassap kat abah kalau aku buat silap, Haha)
  "Assalam cikgu, saya nak minta maaf sebab tertinggi suara dengan cikgu tadi. Saya faham apa yang cikgu cakap tadi. Tentang cuti saya, cikgu boleh cancelkan atau reject sebab saya apply tu memang nak pergi terengganu. Tanak saya kalau jd apa2, takut. huhuhu.. Cikgu maafkan saya eh.. "..

hah, kau mampooo hanta sms kat bos mcm tu. Aku punya tunggu cikgu reply sms aku. Tapi tak reply2. Takut dah. Jantung aku nak gugur dah takut dia mmg marah kat aku. Tp seingat aku sebelum aku keluar opis, dia sempat hulur kurma kt aku (gila baik tak bos aku tuh) hahaha..

Apapun, aku masuk opis dengan muka feeling tak bersalah. Lepas tu cikgu masuk opis. Tak sampai lima saat dia masuk opis, dia panggil aku. Sekali lagi, jantung mak nak gugoq... Aku sengih kambinglah apa lagi pergi tempat cikgu.. Cikgu pun senyum kat aku. i still remember ayat cikgu
  "Kau tulis apa hantaq kat aku? (sambil senyum kamben), Aku jawab balik, "Saya minta maaf ler cikgu.. Saya tak sengaja cakap mcm tu. Saya kalau gaduh dengan abah saya, Saya memang hantar smsm walaupun satu rumah. huhuhu...
  Cikgu : Nas.. Kau ni sebijik anak aku. Aku tak bagi pergi, dia nak pergi juga. Aku faham sangat perangai hang ni.. Dah, aku cakap tak payah pergi, tak yah pi lah.

  Mcm mana reaksi aku masa tu? Haruslah berair mata aku kan. Bergelinangan air mata konon terkilan tak dapat pergi cover assignment Terengganu. Dalam masa sama serba salah lah sebab aku jd anak "durhaka' tinggikan suara kt org yang lebih berusia dengan kita.

  Apapun, benda tu dah lepas tahun lepas and alhamdulillah 28.Mei.2013 lepas cikgu telah menamatkan perhidmatannya sebaga Pengarang Unit Pendidikan BH selepas tiga tahun memegang jawatan itu di BH. Bagi meraikan persaraan beliau, Unit Pendidikan BH telah menganjurkan Majlis Makan Malam 'Terima Kasih Cikgu' di Intekma Resort, Shah Alam yang dihadiri 100 kakitangan unit itu bersama ahli keluarga masing-masing. (Ok ayat story aku dah keluar..tiba2 mak jd skema) ok olohhhh..

  Hehehe, sepanjang malam tu, mak ditugaskan jadi pengacara majlis yang tak bape nak pengacara. Sebagai ajk majlis, banyak sgt kojenye. Tatau kenapa minggu sebelum majlis, we ols di unit pendidikan pack dengan macam2 meeting, events and oh yaaaaa, PRU13! Tak sempat cuti lagi ok sebelum tu. Settlekan semua hal, n i still remember masa nak amek gambar dengan cikgu, Cikgu cakap dengan dayah.. Muka Nas memang penat. Kesian kat dia. Hang pergilah cuti nas. HAHAHHAHA ok cikgu buat lawak lagi, mentang2, saya dapat Mak baru. weeeeeee.. (faham2 yer, cikgu saya dah lama single mingle, and im so happy for u cikgu)

  Oklah rasanya ni entry paling panjang and aku sorang je kot yang baca. Apapun, this is my journal. What i wrote is something from my heart to share.. Gambar ada kat bawah ni ye kawan2.. Enjoy!

Aisssshh dah try rotate tapi tak dapat. huhu tapelah telengkan kepala anda ye. hehe me n cikgu bersama mak baru. hehehe :)


Kak ina n me, AJK Aturcara Majlis katanya.

Ok yang tiga ni jangan bg chance posing bersama #BFF

Muncung kau kak ton #BFF

Smileeee #BFF

errkkk #BFF

emcee yang merapu tahap gaban. Kelaka tahap maksimum bila dah nk abes majlis aku melalut apa kt depan! hahaha

Us wit our editor, Kak Fadz

#BFF

with Abam seluar PINK!

Emcee for the nite.. Me with Ketupat Nasi hahaha

lagi melalut tiga ketul ni #BFF

dayah awal kau tido. tunggu jap #BFF

tgk dayah tdo lagiii #BFF

ok dah boleh tdo sama2 #BFF

aip awal korang mangon #BFF

hahahah senyumm #BFF

posing tgh malam namanya #BFF

nak lagiiii #BFF

my sayangsss #BFF


Nota Jari Telunjuk : Apa nasib, entry berjela pasal cikgu... tp gambar kitaorg yang banyak.. Tapi ni smua gambar ehsan kakak ton n dayah.. Emcee haruslah tiada masa kan mau ambil gambar sendiri. sob3! apapun, we having fun that nite. Happy birthday Cikgu, Selamat Bersara! saya doakan cikgu akan lebih terus maju dan sihat sejahtera :)


Love, N
xoxo!


   
 

Sunday, May 19, 2013

Abseiling n flying fox

Assalammualaikum n hewo korang!
  Aish lama tak blogging.  Bila ada masa free? Haruslah bila ddk rumah tade keje nak buat. Sebab kalau kat office rasanya masa tu terluang kt benda lain so blog shanta yg tak bape ramai nak baca ni pun tergendala. Weeee (mukadimah yg sgt merepek dan tiada kreativiti langsung) ye saya tahu.  Hahahah
  Apapun as usual blogging thru mobile best cuma tak beshyer, ratu typo ni haruslah byk typo yg dia buat kalau celoteh byk sgt. So lets forget it. Let's straight to the point... kita berbalik pada entry blog kita kali ini... ( amacam kena care tak) huhuhu....
  Anyway korang, as usual weekend for me is not the day I can rest goyang kaki goyang tgn atau goyang inul kat rumah mcm kawan2 yg lain. Kerja kerja kerja! Apapun sebab memang dah terbiasa, tiada paksaan, dah memang tanggungjawab,  it is normal for me. N wasn't normal for people yg rasa keje aku mcm tade kehidupan (omputih kata no life) apa-apapun rambut manusia sama hitam tp kerja lain2 katanya. Kalau semua keje weekend,  dah tak penuh lah shopping complex tu kan. (Shopping jugaaaakkk), kalau semua keje weekend, sapa nak buat kendurik kawen) so pastinya ada pro n conts ya. Paling penting sebagai pekerja kita hanya kene bekerja lima hari seminggu dan dua hari berehat. Yg kurang lebih mcm aku ni blh dikatakan OT. (Ok apa aku merepek lg ni).
  So citenye u ols.. nak critalah minggu ni mak kena keje. Jaga bdk2 daja 6 kt Klinik Upsr anjuran BH yg berlangsung di fakulti kejuruteraan uitm shah alam.
  Kebetulan dalam building yg sama, bdk Kresma and Ogss buat charity event. Charity event ye bkn kutip2 derma tu taw tapi utk event extreme ni. Means dat sapa yg nak try sukan lasak such as Abseiling n Flying fox dalam bangunan blhlah join. Utk ahli kresma dan oigss free. Utk org luar rasanya rm3. Menarik kan? Dari aku tak buat apa2 sementara tunggu adik2 upsr berklinik, aku g lah interview bdk2 ni.
  Then tgh interview drg offer nak cuba tak? Haaahh mak jemah ni apa lagi.. mmg naklah! Pantang kena offer. Semua nak try. Kecuali aktiviti paranormal mak kena tolak ye. Hahahaha
  Apapun mmg seronok dan best. Masa pakai equipment n safety tu excoted. Tp bila naik tu masa tgh panjat penghadang tu, tiba2 rasa menyesal. Nak tarik diri dah tak boleh dah. Adehhhh...
  So kita redah je. Apapun alhamdulillah semua berjalan lancar. Dah turun 10% bukan main berlagak lompat2 mcm pro sgt. Tp bila lagi nak cuna dek non oiii. Time ni lah nak cuba tumpang tak kawen n tak memboyot lg ( bak kata along).
  Apapun pas kawen, mak jemah ni confirm lah tak reti ddk diam..pastinya yg makan hati mesti suami mak jemah. Extreme sgt minah ni katanya. Hahahha!
   apapun alhamdulillah thank Allah semuanya berjalan lancar. Fuhh tingkat 10 tu maybe tak ckup tinggi tp utk org yg fes tym ni, sgt tinggi ya abang n kakak. Huhuhu...
  So korang, tanak ckp banyak.. enjoy the pixx!
Nota jari telunjuk : dah siap pakai safety n equipment,  mama plak kol (mcm tau2 je) then I told her nak buat aktiviti ni then mama ckp, takyah turun!  Bahaya nnti tgn bengkok lah apa lah (bebel). Alamak mama, tinggal nk turun je. Sbb takut mulut mama ku masin (doa ibu wei penting) dan2 ckp ngan mama minta restu sbb takot. Hahahah.. nasib baik mama bg restu n doakan I. Hahaha thank q mama. Tq Allah. . Hihiiiii
 
 
 

Monday, May 6, 2013

Jom Kahwin dan CandyCrush

Assalammualaikum hewo korang!
  sekarang tepat jam 5.32 ptg 5.5.2013. Siapa rakyat Malaysia pasti akan ingat tarikh bersejarah yang mana kita semua yang cukup umur buat pilihan sapa pemerintah masing2.
  Apapun, hari 5.5.2013 jugalah menjadi sejarah dalam hidup saya dan pastinya rakan sebaya lain yang mengundi utk kali pertama sseumur hidup. Sebagai rakyat dan jiwa anak muda yang bersemangat kental ini, pastinya ia menjadi kenangan manis untuk kita semua.
  Ok mukadimah yang langsung tak kreatif dek tekak tgh sakit dan dalam perjalanan untuk menghadapi demam. hahahhaa
  Apapun, talking about Jom kahwin and candy crush...Kat bawah ada screen shot menarik untuk dikongsi bersama. Hahhaha ni sesi mengenakan my Mr Jambu yang sebenarnya kelakar nak gila kalau mood dia dtg...
  Last saturday, we went Batu Pahat to attend my lost long childhood friend, Siti Khatijah. Me and Siti dah kenal since tadika rasanya. We went same TABIKA KEMAS (aloo dah lama tu), pastu sambung SK SUNG SIEW, Sandakan. Then Siti move to KK..
  Seronoknya, masa form 1 (2001) abah kena transfer to KK. Dan sepatutnya saya masuk ke sekolah MAKTAB SABAH tp disebabkan siti ada kat Stella Maris, abah pun tanya2, i pun rasa mcm nak je sekolah kat Stella sebab ada siti, so kitaorg jadi classmate n sekolah sama. Tapi pergi dan balik tak samalah sebab siti naik bas sekolah, n me sob2... abah amek hanta da balik. (mengada tanak naik bus sekolah)
  Apapun, perasaan dapat jumpa balik kawan lama ni, memang rasa seronok. Sangat2 best n paling penting ikatan saudara tu masih kekal abadi. Alhamdulillah...
  Sampai Batu Pahat jam 2pm and then balik sampai rumah magrib ok. I tersalah masuk jalan yang bestyer My Mr Jambu jangan diberi peluang. Dia sedap kroh3 kroh sepanjang perjalanan pulang. Oleh kerana, mak pun tak larat, mak protes berhenti kat RnR Yong Peng pastu suruh acap sambung drive. hahaha Dalam perjalanan tu acap bad mood, aku pun bad mood, dua2 tak bercakap. (sng crita)
  Apapun, balik rumah.. rest jap malam tu jumpa abah n mama. Yang best tu, balik dalam jam 12.30 cam tu, KL mcm sambut raya lah kan. Dgn bendera lambang bulan lah daching lah, yang dua parti lg tu memang aku takkan sebut lah kan. Never!
  Ok, no more politic statement here! Fullstop. Apapun, My Mr Jambu pun ikut juga jumpa abah n mama tak pasal2 sampai rumah lambat. hehehe
  Balik punya balik, ingatkan dia dah tido..so sajalah usik dia.. cuba baca screenshot kt bawah. Punya aku feeling malam2 ni, dia boleh jawab 'beat CANDYCRUSH' dia dlu.
  AMboi bang, tahap melampau ketagihan kau ni.. Siap deal, kena beat dia dlu. ptuiihhh. hahaha .
  Oklah tanak cakap banyak2, sebab penat semalam balik jam 4 pagi, dengan slumbernya jam 3 masuk opis balik. ni boleh claim ke idok ni? hahaha
 
Nota Jari Telunjuk : Me n My Mr Jambu maybe nampak kasar bila bergurau tapi dulu2 masa mula bercinta acap bukan jenis mcm ni. hahaha tp bila dah enam tahun bersama, mmg masing2 keluar perangai setan masing2. Paling kelakar kalau kitaorg dah tak kuasa nak layan each other, dua2 senyap tak kuasa nak cakap dah. hahahah Candy crush lagi penting yeeeerrrrrrr

Love N,
xoxo!




terselit lak satu screenshot ni.. ada je nak bergaduh dak dua eko ni. hahahha

Friday, April 26, 2013

KL - Sibu - Sarekae

Assalammualaikum n hewo guys!
  As usual kalau upload byk gambar ni haruslah blogging thru mobile. And haruslah tak nak tulis byk2 sebab takut typo byk. Hahaha dan haruslah tgh sibuk buat kerja tp tgn gatal nak update blog juga :) apa yg penting, mak nk upload apa mak punya suka. Hihihi...
  Anyway, I've been at sibu since yesterday (26/4/2013) for our Bengkel ADD BH yg merentasi laut china selatan after we done wit our bengkel add kt semenanjung malaysia. This time for editorial, I wakil. I went there with kak wan n kak prem (circulation department).
  Ok we touch down about 11 am at sibu airport.  We took cab from airport then straight away to our hotel, kingswood sibu hotel. Ok lah the hotel.just nice :)
  Letak je bag kt hotel, takkan nk tido kot. Tak sambil menyelam minum air lah kalau tido so we ols pun merayap lah kt bandar sibu. Malangnya tade byk benda pun. N paling speechless tu..I didn't buy anything.  Tu memang maknanya tidak ada apa-apalah tu. Sbb nas norziela dia ada gaji ke tde gaji sama je. Suka shopping x ingat dunia. Huhuhu.. (rezeki ada kt mana2, kerja dgn ikhlas, kerja kuat, in sha Allah. . Allah will reward more than u expecting.)
  Ok u ols, ni antara gambar yg sempat ambil during my trip (working trip ogayh) to sibu n sarekei ; ) mana gambar lebih kurang tu, buat2 x nampak jelah ok. Ahaks :)
 
  Nota Jari Telunjuk : org travel jalan2 bila ada free time, aku ddk kt hotel bersenang lenang sbb malas nk pakai tudung balik. Lupa bawa tudung sarung. Huuuu tak psl2 tahan lapa! Huh!
 
Love N,
Xoxo!
 
Ni dah separuh flat sebenarnya, sebab kepanasa yg teramat. Good wheather in  Sarekae :)
Luggage mak jemah yg tak sempat utk di check in kan, mak jemah pikul jelah as hand carry, nasib baik MAS kaaannn
Sibu, here i come :)
I love my Boots :)
Enjoy my reading with Alice in Wonderland. Arab subtitile ok, kau ada :)
Muka nak sampai cepat :)
The best Roti Bakar from Sarekae. Sangat terbaik :) sgt sedap!
Sibu ada tol ok.. Speechless mak. Sgt terbaik, memudahkan penduduk kat sini. kalau tak kena cross sungai pakai ferry
Sundrop Orange juice only in Sabah n Sarawak. Patutlah lepas pindah kl dlu tak pernah jmpa sundrop ni. hik2
This will be my favourite all the time ok. Suka sgt bontot ayam! haha
Sunrise :)