Thursday, March 21, 2013

Sijil Pelajaran Malaysia

Assalammualaikum.. Hewo u ols!

2nd entry of the day, i wont tulis banyak2! siang type story, malam nak relax pun kena type byk2 juga ke? MEMANG TAK. hihi.
  Ok tgk Entry Pun, dah tahu aku nak cakap apa... Cakap Cakap! Tulis...
Ok, SPM atau Sijil Pelajaran Malaysia. Selalu kita cakap SPM, cuba sesekali kita sebut penuh Sijil Pelajaran Malaysia. ulang lagi.. Sijil Pelajaran Malaysiaaaaaaaa... (ok cukup,kau jgn over)

SPM, hari ini 21 Mac 2013, selain SPM (ye mak kena cver utk kedua kali tahunnya) hari ini adalah birthday my babe ~ Zarul! damn, zarl is my bff since we are in Form 5 masa tu kat SMK SAUJANA IMPIAN KAJANG. Kawan berbasikal, kawan bergaduh dgn bdk2 lelaki kt kelas, kawan pergi tuition separuh bulan, kawan makan roti tisu (pau duit izzaq, Tq ezaq), Kawan kena halau Ezaq dari rumah dia macam org buat salah (itu pengalaman yg takkan i lupakan sampai bila2) and of course kawan sehidup semati aku :)
 Happy Birthday babe.. May u Be Bless with Happiness Thru Out The year! yeaaahhh, u re officially 25! tadenye kurang bape tauunnn!

babe Zarl n babe Ned! Happy Birthday zarl!
Back to our topic about SPM,  As usual, sebagai tukang tulis untuk bahagian pendidikan (ayat daddy skema) haruslah aku, kak echa n fai pergi berjuang untuk amek bahan yg ada kena mengena dgn SPM (ko takyah berjuang sgt lah nas!). Kak echa pergi SMK Bukit Jelutung untuk cover sekolah yang melanggan Skor untuk muka depan SKor (In Sha Allah, walaupun nampak gaya mcm news nak guna story tu,huhu) Fai ke Putrajaya untuk Pengumuman oleh KP kementerian Pelajaran n me haruslah ke Jabatan pelajaran negeri Wilayah Persekutuan KL. (mak suka mak suka, tu tmpat wajib pegi, muka ni jeeee)

So alkisahnya, ikutkan kalau ke majlis pengumuman, biasanya JPN masing2 jarang bawa best student especially JPNWKL. Tapi tahun ini, kitaorg bernasib baik sebab JPNWKL bawa best student untuk kategori Calon Berkeperluan Khas (CBK) atau kata nama lain calon OKU.

Ada tiga calon CBK yang ada tadi. 1Malaysia maknanya, Melayu, India dan Cina. Kecacatan pun berlainan, adik Mahmuda (Attention Decifit Disorder), Kevein (Buta) dan Tan Seiow (Rabun).

Apa yang aku nak kongsi kat sini, ini bukan kali pertama aku buat liputan mengenai CBK atau pelajar OKU. dan setiap kali aku interview, tiap kali itulah air mata nak meleleh. HATI TISU <--- Ye itu saya :)

bayangkan, waktu interview Kevein (calon Buta), aku join budak RTM, Bernama Radio n Bernama. dalam aku dok jolok recorder aku, air mata aku tiba2 MELELEH depan dia (sah2 dia xnmpak kan) his mother, tgk aku, mata dia pun berair. Ok sekali lagi AKU MMG OVER! huuuu T_T

Btw, aku tanak cakap byk lagi. (Tulis lah Tulis!) sebagai watak Normal dalam dunia kehidupan ini, apa lagi yang kita mahukan? Apa Apa Apa? Melihat Kevein, buat aku tersentuh dgn ayat2 dia,

KITA TAK PERLU JADI ORANG LAIN, SEBAB ORG LAIN PUN AKAN ADA KEKURANGAN MEREKA. KITA PERLU JADI DIRI SENDIRI, SEBAB KITA TAHU KELEBIHAN DAN KEKURANGAN DIRI SENDIRI.

Printscreen from our Shell. Inilah wajah adik Kevein

T_T

 Nota Jari telunjuk :  Dalam beberapa ayat di dalam Al-Quran terdapat bukti dan keterangan bahawa Allah akan memberikan ganjaran, menambahkan dan memberi kita kurniaanNya dengan syarat kita bersyukur.
Surah Ali Imran: 145, “Dan Kami akan memberikan ganjaran untuk orang yang bersyukur.”
Surah Ibrahim: 7, “Kalau kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambahkan kepadamu.”
Surah At-Taubah: 28, “Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dengan kurniaNya jika Ia menghendaki.”

Kalau kita sentiasa bersyukur dengan ni’mat yang diberi Allah itu, nescaya Allah akan menambah lagi pemberian tersebut sama ada kita sedari atau tidak. Satu amalan yang baik bagi menunjukkan kita bersyukur ialah dengan melakukan sujud syukur.
Orang yang bersyukur juga tidak meninggalkan semua amalan fardhu yang disuruh dan melakukan amalan-amalan sunat kerana ia cinta kepada Allah dan cinta kepada Rasulullah.

Tahniah to all SPM candidates! as i mention in My FB, Akak tade A pun dek non, Jadi orang juga Weeeee!

Love, N!
xoxo

No comments:

Post a Comment